Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Balai Polis Guar Chempedak Lebih Moden dan Selesa

By 20 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

GUAR CHEMPEDAK, 20 Jan (Malaysiaaktif) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharapkan agar pembinaan Balai Polis Guar Chempedak memacu mutu perkhidmatan dan komitmen anggotanya kepada masyarakat.

Projek ini merupakan antara inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016  untuk menaiktarafkan Ibu Pejabat Polis, balai dan kediaman anggota sebagai penghargaan jasa dan bakti mereka kepada negara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Datuk Zakaria Yusof inisiatif berkenaan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dengan menyediakan prasarana kepada anggota PDRM dan memberikan keselesaan kepada masyarakat setempat.

Beliau berharap agar segala infrastruktur balai ini yang serba moden akan menjadi pendorong kepada semua anggota PDRM untuk berkhidmat dengan lebih berkesan, bermutu dan lebih profesional.

Sementara itu, Zakaria turut meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu melalui media sosial, terutama berkaitan isu gerakan militan IS atau Daesh.

Menurutnya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu akan menimbulkan kebimbangan dan masalah dalam kalangan masyarakat. Sesiapa yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Zakaria berkata demikian semasa majlis perasmian balai tersebut semalam.

Balai Polis Guar Chempedak pernah melakar sejarah pada 4 Februari 2001 apabila diserang oleh empat lelaki bersenjata.

Namun, cubaan mereka gagal kerana kedua-dua anggota polis yang bertugas telah memberi tentangan dan seorang penyerang cedera ditembak.

 

Tinggalkan komen anda