Skip to main content
Berita TempatanHomeViral

Henti Kongsi Gambar Pelajar Putus Kaki

By 20 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Md. Zabata Ibrahim & Eliasak Omar (Alor Setar)

ALOR SETAR, 20 Jan (Malaysiaaktif) — Kementerian Pendidikan meminta pengguna media sosial supaya tidak lagi menyebarkan gambar seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Selangor yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga terputus kedua-dua kakinya semalam.

Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan berkata, ini kerana tindakan tersebut boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pelajar berkenaan yang kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Beliau juga berharap agar pengamal media dapat turut membantu kementerian dan mangsa dalam kes ini bagi menyalurkan berita yang betul serta dapat menarik perhatian rakyat untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Sambil melahirkan rasa sedih berhubung kejadian berkenaan, Kamalanathan berkata, kementerian akan memberi bantuan kepada Siti Nuraisyah Sharin,13, agar dapat meneruskan persekolahan dan juga lain-lain bantuan bagi meringankan beban mangsa dan keluarga.

Beliau berkata demikian ketika Kursus Zamalah Wartawan Muda di sini pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda