Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Dakwaan Monopoli Warga Asing Cetus Keresahan Di Pasar Borong

By 18 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Noor Suzilawati Jamaludin & Mohd Helmi Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Malaysiaaktif) — Monopoli warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur didakwa menimbulkan masalah jenayah sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga tempatan. Ini sering disuarakan oleh peniaga tempatan.

Terbaharu, kejadian tembakan yang menyebabkan kematian dan kecederaan seorang dewasa dan seorang kanak-kanak warga Myanmar menggerakkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, turun padang berdialog secara bersemuka bersama lebih 200 peniaga Pasar Borong Kuala Lumpur petang tadi.

Menurut M. Saravanan, pihaknya akan memberi bantuan khas kepada keluarga mangsa. Satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan serta-merta bagi menangani isu ini dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan wakil peniaga.

 

IMG_5797

 

Tambahnya, pihak berkaitan juga wajar menarik kembali lesen berniaga kepada pemilik yang menyewakan lesen, terutamanya kepada warga asing.

“Jaminan keselamatan turut diberikan, terutama kepada peniaga, dan orang ramai diharap tidak mengambil tindakan sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Begitu juga dengan penyebaran berita palsu melalui media sosial dianggap mengganggu urusan penyiasatan yang sedang dilakukan,” ujar M. Saravanan lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ACP  Munusamy berkata, “Pihak kami turut mengambil tindakan pantas dengan menempatkan 60 hingga 80 anggota bagi rondaan 24 jam di sekitar kawasan pasar borong. Sebuah balai bergerak juga diwujudkan di sekitar pasar borong.

Hadir sama dalam dialog ini, wakil DBKL, wakil agensi-agensi kerajaan, dan wakil penjaja Pasar Borong Kuala Lumpur.

 

Tinggalkan komen anda