Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Aplikasi ‘Destination Melaka’ Bantu Pelancong di Melaka

By 28 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hatta Johari (Melaka)

AYER KEROH, 28 Jan (Malaysiaaktif) — Melaka memperkenalkan aplikasi pintar  ‘Destination Melaka’ untuk pengguna sistem operasi mudah alih iOS dan Android.

Aplikasi ini memudahkan pelancong ke negeri Melaka menjelajah serata lokasi pelancongan, selain mendapatkan pelbagai bantuan asas sepanjang lawatan mereka.

‘Destination Melaka’ dibangunkan bersama oleh pihak TM Melaka dan Bahagian Promosi Pelancongan Melaka.

Menurut Pengurus Besar TM Melaka, Datuk Rozlan Mohamed, selain Google Play, aplikasi ini dijangka dapat dimuat turun oleh pengguna iOS (iPhone) melalui iTunes pada Februari depan.

Sementara itu, dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri semalam, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, aplikasi ini dapat membantu mempromosikan destinasi pelancongan secara lebih meluas, terutama kepada pelancong luar negara.

Beliau berkata melalui aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat, termasuk tentang penginapan, tempat menarik, acara dalam kalendar pelancongan dan promosi tertentu.

 

Tinggalkan komen anda