Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

“Jom Ngeteh” Medan Akar Umbi Kemuka Permasalahan Setempat

By 23 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Program Jom Ngeteh akan diperluaskan ke seluruh negara sebagai medan kepimpinan dan masyarakat akar umbi mengemukakan permasalahan mereka.

Demikian menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, ketika berucap di program yang diadakan di Dewan Batu 8 Gombak semalam.

Menurut beliau, program secara santai yang pertama kali diadakan di Batu 8 Gombak ini, membolehkan beliau mendengar sendiri masalah di peringkat bawahan secara langsung kerana pemimpin akar umbi merupakan golongan yang penting kepada kerajaan.

“Kekuatan kerajaan bergantung kepada akar umbi dan sekiranya peringkat akar umbi lemah boleh menjadi faktor kerajaan itu runtuh,” katanya.

Tambah beliau lagi, oleh sebab itu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diangkat martabatnya apabila berperanan sebagai Penolong Pendaftar Pemilih SPR untuk menambah daftar pemilih di kawasan masing-masing.

“Strategi pembangkang adalah untuk menawan kerusi yang diwakili oleh BN dengan majoriti kecil semasa PRU13 dengan membawa masuk pengundi luar kawasan, seperti dari Seputeh, Kepong dan Cheras yang mereka menang dengan majoriti sangat besar”, kata beliau.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda