Skip to main content
HomeSelangorViral

Tiga Maut Dirempuh Kereta Ketika Menuju Batu Caves

By 23 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh A.Prabagaran

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Sekumpulan penganut hindu yang sedang berjalan kaki dari Senawang ke Batu Caves untuk menyambut Thaipusam dilanggar oleh sebuah kereta di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, pagi tadi.

Difahamkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu melanggar kumpulan tersebut di lorong kecemasan. Tiga orang daripada kumpulan yang sedang berjalan kaki untuk menyempurnakan nazar meninggal di lokasi kejadian, manakala tiga lagi cedera parah.

Mangsa yang maut ialah Saravanan Krishnan, 45, Kannan Chinnakanoo, 51 dan Papa Sinnah, 53, manakala dua yang cedera parah ialah Mageswaran Palanisamy, 40, dan Darrshen Devara, 18 sementara  seorang lagi mangsa belum disahkan identitinya.

 

IMG_5920

 

Polis kini mencari pemandu kereta BMW bernombor pendaftaran PMH718 yang dipercayai terlibat dalam kemalangan itu.

Sambutan Thaipusam akan diraikan oleh masyarakat Hindu esok.

 

Tinggalkan komen anda