Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

JPAM Kuala Muda Ambil 1,000 Anggota Untuk 2016

By 6 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 6 JAN  (Malaysiaaktif) – Mereka yang berminat menjadi Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) boleh menghadiri temu duga terbuka yang bakal diadakan di daerah ini bermula Januari hingga Disember 2016

Menurut, Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda (PA) Azahar Ahmad, temu duga itu merupakan usaha bagi menambah jumlah kekuatan anggota sedia ada dan melahirkan lebih ramai tenaga sukarela yang boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Untuk tahun 2016 ini, kita akan membuat pengambilan anggota baharu seramai 1,000 orang dari seluruh daerah Kuala.”

Beliau berkata, sukarelawan yang diperlukan ketika berlaku bencana, kecemasan, kemalangan atau untuk melalukan khidmat kemasyarakatan akan diberikan pendedahan serta latihan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan keupayaan.

Katanya, orang ramai yang ingin menyertai anggota Sukarelawan Pertahanan Awam haruslah  warganegara Malaysia berusia 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan, tiada kecacatan fizikal dan mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR, tidak menyertai badan beruniform yang lain dan berkebolehan menjalankan tugas secara sukarela. Calon melebihi umur yang disyaratkan juga layak dipertimbangkan.

Menurut Azahar, antara faedah menyertai ASPA, peserta dapat belajar cara menyelamat di air dan menyelam (SCUBA), mendapat sijil-sijil kemahiran, belajar menggunakan radio set, mendapat  pengetahuan menguruskan bencana, pengendalian peralatan operasi, tatacara berpakaian seragam, seni mempertahankan diri, membaca peta dan kompas, belajar asas pertolongan cemas, asas kebombaan dan menyelamat serta pertolongan cemas .

Selain itu, sukarelawan mendapat kemudahan,seperti rawatan percuma di Hospital Kerajaan, elaun berkhidmat dan uniform percuma.

Tambahnya, anggota sukarelawan yang bertugas selama 8 jam sehari dibayar elaun RM6.00 sejam untuk bukan Pegawai Pasukan, manakala RM7.80 bagi Pegawai Pasukan dan tugas dilanjutkan 12 jam sekiranya berlaku bencana.

Orang ramai  yang berminat boleh datang sendiri ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, JKR 412, Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah atau menghubungi di talian 04- 423 3193.”

 

Tinggalkan komen anda