Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pasukan Gerakan Am Menemui Senjata Api Di Tanduo

By 5 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Adelaidah Arshad (Sabah)

LAHAD DATU, SABAH, 5 Jan (Malaysiaktif) –? Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui pelbagai jenis senjata api bersama sejumlah peluru di dalam karung tertanam dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pencerobohan Tanduo pada 2013.

Hasil maklumat orang awam, pihak PGA menjalankan siasatan pada pukul 8.00 pagi dan seterusnya menggunakan sebuah jentera pengorek untuk menggali lokasi yang dikenal pasti hingga menemui dua laras senjata M14, sepucuk pistol UZI, tiga pucuk pistol jenis Colt .45, selaras revolver, 63 butir peluru 5.56mm, 60 butir peluru revolver, 50 peluru pelbagai saiz dan sepasang gari.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun senjata yang sudah berkarat itu dijumpai dalam karung.

Abdul Rashid berkata kejadian ini akan disiasat dibawa Akta Senjata Api dan semua jenis senjata api terbabit telah diserahkan kepada Balai Polis Cenderawasih untuk tindakan selanjutnya.

 

 

Tinggalkan komen anda