Skip to main content
EkonomiHomeViral

Kaji Semula Pembekal Tunggal di Mara Digital Mall – Wong Chen

By 8 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Malaysiaaktif) –Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disarankan untuk mengkaji semula keputusan pihaknya yang menggunakan pembekal tunggal di Mara Digital Mall.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berpendapat tindakan itu seolah-olah telah menutup peluang kepada pembekal yang lain seterusnya menyebabkan sistem perniagaan itu dimonopoli satu pihak.

Jelasnya, kementerian tersebut harus bersifat lebih terbuka untuk menggalakkan pasaran yang lebih kompetitif.

“Sistem monopoli tidak akan dapat bertahan dalam sektor di mana pengguna kena buat pilihan dan Mara Digital Mall berkenaan akan dapat bertahan sekiranya ia dapat menawarkan harga yang kompetitif.

“Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Ismail Sabri buat keputusan yang tepat dalam isu ini tapi beliau boleh kaji balik polisi tersebut.

“Kalau benar nak bantu peniaga Bumiputera, buka kepada lebih pembekal dan biarkan pasaran yang membuat keputusan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melantik

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan WGN Scan Sdn Bhd (WGN) sebagai pembekal tunggal Mara Digital Mall adalah untuk memastikan barang yang dijual adalah tulen.

Tambahnya, syarikat tersebut akan betanggungjawab dalam mengesahkan ketulenan sesuatu produk sebelum dijual di Mara Digital.

“Terdapat dua jenis produk di Mara Digital Mall iaitu satu yang dibekalkan oleh WGN dan yang kedua produk yang diambil dari luar sama ada diimport daripada sumber mereka perlu dibawa kepada WGN untuk disahkan ketulenannya.” tegasnya lagi.

 

Tinggalkan komen anda