Skip to main content
Home

Persidangan PH Selesai Masalah Parti Komponen – Khalid Samad

By 8 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Perjanjian Pakatan Harapan yang bakal dibincangkan dalam Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan hujung minggu ini adalah untuk menyelesaikan masalah di di kalangan parti-parti komponen.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad memaklumkan perjanjian yang dibentangkan harus mendapat sokongan  ahlinya untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Jelasnya, jika perjanjian itu dipersetujui ia diharap menjadi menjadi titik permulaan perjuangan Pakatan Harapan yang baru.

“Perjanjian akan mengawal dan mengurus tindakan kita (Pakatan Harapan) dan hubungan antara kita supaya tidak keluar kenyataan menyerang antara satu sama lain.

“Perjanjian ini kita harap Pakatan Harapan akan lebih berdisiplin, saling memahami apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perjanjian tersebut mengandungi tujuh fasal utama termasuk  prinsip dan kaedah membuat keputusan, prinsip dan kaedah membina kesatuan politik antara parti, prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian antara parti.

Beliau menjelaskan perjumpaan itu juga turut akan menyentuh isu prinsip dan kaedah dalam membangunkan dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar bersama prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan pilihan raya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi.

Pakatan Harapan diperkenalkan berikutan gabungan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejak 2008 goyah.

Parti komponen pembangkang iaitu Pas mengambil keputusan untuk tidak menyertai pakatan baru itu.

 

 

Tinggalkan komen anda