Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomeKedahViral

Kompleks Kampung Tradisi Melayu Kini Keriang Hill Resort

By 18 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

ALOR SETAR,18 Jan (Malaysiaaktif) — Kompleks  perkampungan Melayu tradisional di kaki Gunung Keriang yang ditutup sejak tahun lalu akan berubah wajah setelah kerja pengubahsuaiannya siap. Ia akan beroperasi dengan nama baharu ‘Keriang Hill Resort’ bermula April ini, sempena Tahun Melawat Kedah.

Menurut Pengurus Operasi, Mohd Tarmizi Mohd Jidi, syarikatnya telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian berjumlah RM1 juta.

 

IMG_3797

 

Resort yang terletak berhadapan Muzium Padi dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara ini mempunyai potensi besar untuk menjadi tarikan pelancongan.

Sehubungan itu, pihak pengurusan akan mempromosikan aktiviti kebudayaan tradisional dan masakan tempatan dalam suasana dalaman ala istana Melayu.

 

IMG_3768

 

Kompleks yang menempatkan chalet, dewan, restoran dan beberapa kemudahan lain ini berpaksi tarikan utama, iaitu sawah padi autentik seluas lima ekar.

Selain untuk beriadah, resort ini, dengan kerjasama Muzium Padi juga menawarkan aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan kegiatan seharian dan kebudayaan penduduk setempat.

Ini termasuk memancing ikan sepat, puyu, keli dan haruan yang banyak didapati di kawasan persekitaran.

 

IMG_3767

 

Selain itu, makanan tradisional Melayu Kedah akan ditawarkan kepada penginap dan pengunjung, antaranya asam pedas keladi, gulai kawah dan sebagainya. Turut akan dihidangkan , juadah istana Melayu dari negeri-negeri lain mengikut promosi-promosi tertentu selepas April nanti.

Fokus makanan resort ini, iaitu ‘The Puteri Restaurant’ akan mengumpulkan pelbagai jenis masakan Kesultanan Melayu yang terkenal, seperti itik golek untuk dinikmati oleh pelanggan dengan harga berpatutan.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Jualan Keriang Hill Resort, Che Nur Ismida Che Roslan, berkata, “resort ini berpotensi untuk dijadikan satu lagi destinasi pelancongan di Kedah.”

Beliau juga berkata pihak pengurusan akan menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan resort ini kepada umum bagi mengetengahkan nilai budaya dan adat resam masyarakat Kedah.

 

Tinggalkan komen anda