Skip to main content
GlobalHomeViral

Letupan Jakarta: Polis Sah Bom Tangan Digunakan

By 14 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

JAKARTA, 14 Jan – Ketua Polis Indonesia Bahagian Perhubungan Awam, Anton Charliyan mengesahkan tiga letupan yang berlaku di kawasan Jalan MH Thamri, Jakarta berpunca daripada bom tangan.

“Letupan daripada bom tangan, bukan bom, kemudian ada penggunaan senjata,” katanya di sini tadi.

 

jak3

 

Tambahnya, tiga polis telah menjadi mangsa, seorang meninggal dunia manakala dua cedera ditembak. Selain itu, ada tiga orang awam yang menjadi mangsa, salah seorangnya ditembak.

Namun polis belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa yang terbunuh ialah orang awam atau pengebom itu sendiri.

“Ada kumpulan bersenjata yang sedang kita cari di Sarinah sedang diburu oleh polis,” katanya.

Beberapa orang saksi menggambarkan letupan di kawasan Jalan MH Thamrin sebagai aksi pengebom berani mati kerana melihat orang meletupkan diri. Saksi juga melihat berlaku tembakan di lokasi kejadian.

“Pelakunya banyak,” kata seorang petugas Unit Keselamatan Bank Bhd yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

Saksi turut melihat seorang pelaku berkulit gelap dan berambut ikal membawa beg galas di belakangnya.

 

-ANTARA

 

Tinggalkan komen anda