Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

LTdL-21 Tidak ke Langkawi, Genting Ekoran Kos Mahal – KJ

By 5 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Malaysiaaktif) –Pulau Langkawi dan Genting Highlands dilaporkan tidak akan tersenarai sebagai destinasi perlumbaan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) ke-21 berikutan masalah kos.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan berkata perlumbaan kali ini hanya melibatkan negeri di Pantai Barat tanpa negeri Terengganu dan Kelantan susulan keperluan dana yang tinggi.

Jelasnya, perlumbaan itu melibatkan 8 peringkat perlumbaan, bermula di Kangar pada 24 Februari dan berakhir di Melaka pada 3 Mac, dipercayai jarak perlumbaan sebanyak 1,182.4km.

“Kos untuk membawa basikal pasukan, kenderaan serta peralatan adalah tinggi. Tahun depan kita akan masukkan semula Pulau Langkawi dan laluan Pantai Timur dalam LTdL,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan imej dan pengumuman perlumbaan LTdL 2016 di Dewan Podium, Kementerian Belia dan Sukan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL ke-21, Emir Abdul Jalal berpendapat penyertaan yang kurang memberangsangkan tahun ini dipercayai berpunca daripada pihak Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) yang lewat mengesahkan tarikh bagi perlumbaan kali ini.

“Disebabkan kelewatan tersebut, pihak penganjur sukar melakukan perbincangan dengan pasukan pro tour yang lain untuk menyertai perlumbaan tersebut.

“Walaupun perlumbaan kali ini tidak diadakan di Pulau Langkawi, pihaknya akan menyiarkan dokumentari khas selama 5 minit mengenai Pulau Langkawi sebelum perlumbaan bermula.” katanya.

Perlumbaan yang dianjurkan setiap tahun itu selalunya menyaksikan pertembungan 11 pasukan Eropah dan 11 pasukan Asia bertaraf dunia.

Namun, perlumbaan kali ini hanya menyaksikan 3 pasukan pro tour dan 6 pasukan pro kontinental.

Edisi kali ini menyaksikan perlumbaan peringkat pertama bermula di Kangar ke Baling melibatkan 165.5 km diikuti Sungai Petani-George Town (159.8km), Kulim-Kuala Kangsar (107.0km), Ipoh-Cameron Highlands (129.5km), Tapah-Kuala Lumpur (149.9km), Putrajaya-Rembau (147.6km), Seremban-Parit Sulong (203.2km) dan peringkat terakhir dari Batu Pahat-Melaka (119.9km).

Tinggalkan komen anda