Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Semakin Ramai Penyokong Mukhriz Di Bangunan UMNO

By 20 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Alor Setar)

ALOR SETAR, 20 Jan (Malaysiaaktif) — Apa yang dijangka sekadar mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun kini menjadi perhimpunan untuk menyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di hadapan Bangunan UMNO Negeri Kedah pada saat ini.

Anggaran lebih 1,000 orang, termasuk penyokong selain orang Melayu berhimpun di sini sejak selepas Isyak tadi dan bilangannya semakin bertambah.

 

afdb904f-2a02-4e1b-8ee3-323ded86c16e

 

Mukhriz yang tiba pada kira-kira pukul 9.50 tadi bergegas masuk ke bangunan dengan diiringi sorakan dan laungan sokongan bergemuruh oleh penyokongnya.

Apa yang berlaku pada saat ini berikutan sidang akhbar tergempar oleh ketua-ketua UMNO di Kedah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memecat Mukhriz daripada jawatanya sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, dalam media sosial gempar sokongan terhadap Mukhriz sejurus selepas berita sidang media dan ucapan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah menjadi viral. Beliau mendakwa Mukhriz tidak berupaya menyatukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat negeri.

Dalam kenyataan ringkas dari Mukhriz malam ini, beliau berkata beliau maklum dengan apa yang disuarakan oleh beberapa orang pemimpin UMNO negeri siang tadi. Beliau bagaimana pun berkata kedudukannya sebagai Menteri Besar adalah berdasarakan mandat rakyat selain dengan izin Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri. Beliau seterusnya berkata hanya rakyat negeri Kedah boleh menghakimi pencapaian dan kepimpinannya.

Mukhriz memegang teraju negeri Kedah sebagai Menteri Besar sejak 2013.

 

20160120061746

20160120061746 (1)

 

–MENYUSUL

 

Tinggalkan komen anda