Skip to main content
EkonomiHomeViral

PAC Panggil Shahrol, Bakke, Usaha Akhir Masalah 1MDB

By 20 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengambil keputusan untuk memanggil semula bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Halmi dan bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Bakke Salleh bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan masalah yang dihadapi syarikat kewangan itu.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata tarikh laporan yang sepatutnya disiapkan pada bulan Mac terpaksa dianjakkan ekoran perjumpaan itu.

“Saya harap dengan prosiding dua orang ini kita boleh buat rumusan dan tidak memanggil sesiapa lagi selepas ini,” katanya dalam sidang media selepas sesi pendengaran tadi di Parlimen hari ini.

Tarikh perjumpaan dua individu berkenaan akan ditentukan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosme Hamzah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata beliau telah menjawab soalan-soalan sukar di hadapan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Sebahagian soalannya sukar dan saya berjaya jawab semua,” katanya ketika ditemui media di bangunan sementara Parlimen hari ini.

 

Tinggalkan komen anda