Skip to main content
EkonomiHomeViral

Bekas Pengerusi 1MDB Dipanggil, Bantu Selesai Masalah Kewangan

By 19 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh dilaporkan akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membantu dalam prosiding siasatan masalah kewangan syarikat itu.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin memaklumkan perkara itu bergantung kepada Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang akan mengambil tindakan mengikut keputusan prosiding esok.

“Beliau telah memberikan kerjasama yang baik.

“Prosiding akan disambung semula esok untuk kita bertanya lebih banyak perkara kerana hari ini baru separuh yang diselesaikan,” katanya dalam sidang media selepas prosiding siasatan itu di bangunan Parlimen.

Prosiding yang dimulakan jam 10 awal pagi hari ini diketuai Hasan Arifin sendiri yang dipercayai telah hadir kira-kira jam 10.20 pagi di Bangunan Parlimen.

Perjumpaan tersebut berakhir kira-kira jam 1 petang.

Sebelum ini, PAC telah selesai mengadakan prosiding pengurusan kawalan tadbir urus 1MDB membabitkan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dengan memanggilnya sebanyak dua kali.

Prosiding sebelum ini berlangsung selama kira-kira tiga jam di mana Arul Kanda menerangkan mengenai pelan rasionalisasi 1MDB.

Kali terakhir Arul Kanda dipanggil memberi keterangan kepada PAC pada 18 Disember lalu.

 

Tinggalkan komen anda