
Oleh : Pn.Salwa Razak / En.Muhammad Azrul Hafiz Nazri Langkawi – 11 Jan (malaysiaaktif) – Peningkatan kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi memberikan ruang kepada pengusaha-pengusaha bot – bot tambang ke pulau-pulau kecil sekitar Langkawi dengan kadar tambang sekitar RM5 sehala. Walau bagaimanapun, kelonggaran penguatkuasaan telah menyebabkan sebilangan pengusaha ini mengabaikan aspek keselamatan terhadap penumpang terutama dalam menyediakan jaket keselamatan dan menghadkan jumlah muatan yang selamat.
Keindahan pulau-pulau kecil di sekitar Langkawi dan tarikannya seperti aktiviti scuba, memancing, menikmati ikan bakar yang enak menggamit pelancong untuk ke sana hingga mengabaikan aspek keselamatan ini. Sebahagian besar penumpang bot-bot ini pula memang perlu berulang alik ke pulau-pulau ini kerana tinggal atau bekerja di sana. Antara pulau yang porpular adalah Pulau Tuba.
Langkawi merupakan destinasi perlancongan yang tidak dapat di nafikan lagi, menjelang sahaja musim cuti ramailah pelancong-pelancong yang datang ke Langkawi untuk bercuti, samada dalam negara atau pun luar negara. Langkawi mempunyai 104 pulau yang kecil- kecil, termasuklah Pulau Tuba. Masakan ikan bakar yang segar dan sedap menggamit pelancong untuk bertandang ke Pulau Tuba.
Keadaan ini amat membimbangkan pengguna, malahan aduan kepada pihak berkuasa juga tidak diambil tindakan. Menurut seorang penumpang bot ini yang sentiasa berulang – alik dengan menggunakan bot, Encik Zafran Saad beliau tidak pernah mengenakan jaket keselamatan dan tidak pernah terlintas di fikiran sesuatu buruk bakal berlaku, kerana jarak perjalanan hanya sekejab sahaja.