Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

Tiada Sijil Kelahiran Enam Beradik Tidak Dapat ke Sekolah

By 13 Januari 2016Januari 14th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Mohd Zihan Zari SUNGAI PETANI,12 JAN (Malaysiaaktif) – Hasrat enam beradik untuk belajar ke sekolah amat sukar dan tidak kesampaian disebabkan sehingga kini belum mempunyai sijil lahir sejak mereka dilahirkan.

Mohamad Syukri Abdul Aziz,15, Mohamad Shafik Abd Aziz,13, Mohamad Anwar Abdul Aziz,11, Mohamad Haikal Alif Abdul Aziz,9, Mohamad Kabir Ibrahim Abdul Aziz,8, dan Nurul Solehah Abdul Aziz,7, kini tinggal menumpang bersama dengan bapa saudaranya, Ahmad Meera Hussain,40, di Taman Orkid, Fasa 2, Sungai Layar, di sini. Abang sulung enam beradik, Mohamad Syukri, berkata, “sebelum ini mereka tinggal di Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis dan pernah bersekolah sehingga darjah 6 dan adiknya Mohamad Shafik bersekolah hingga darjah 3 manakala empat adiknya yang lain tidak pernah bersekolah.

Saya tidak dapat meneruskan pelajaran saya ke Tingkaan 1 disebabkan tidak mempunyai sijil kelahiran, jelasnya dengan nada sedih. Katanya, disebabkan beliau tidak memiliki sijil lahir kesannya menyebabkan tidak dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain.

 

Sementara itu, menurut Ahmad Meera, “Ibu kepada enam adik beradik ini telah kembali ke Indonesia dan sehingga kini tidak balik ke Malaysia dan bapa mereka pula kini menjalani hukuman di dalam penjara.

Katanya, disebabkan mereka tidak memiliki sijil lahir kesannya menyebabkan tidak dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain. Beliau berharap pihak berwajib dapat membantu, menyelesaikan masalah ini, agar kesemuanya dapat bersekolah demi masa depan mereka.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kedah, Zuhair Jamaludin, berkata pihaknya akan membuat lawatan untuk melihat keadaan yang sebenarnya dan akan membuat kenyataan rasmi berkaitan masalah tersebut, katannya kepada Malaysiaaktif ketika ditemui di pejabatnya, di Alor Setar, hari ini.

Tinggalkan komen anda