Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

Kubur Tok Sijao Bukit Mor Dijadikan Tempat Pemujaan

By 17 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Noorshazana Shaadan (Muar)

MUAR, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Sebuah kubur yang dianggap keramat dijadikan tempat pemujaan dan dipercayai dapat memberikan “nombor ekor” buat si pemujanya.

Nama Tok Sijao Bukit Mor bukanlah satu nama yang asing bagi penduduk Parit Jawa. Pelbagai pendapat timbul tentang siapa Tok Sijao sebenarnya. Kewujudan kubur Keramat Tok Sijao di Bukit Mor memang sudah lama disedari, namun tidak ramai sedar apa yang dilakukan di sebalik kubur ini.

Amalan pemujaan giat dijalankan di kawasan kubur Tok Sijao kerana pihak tertentu menganggapnya sebagai kubur keramat yang kononnya mampu memberikan kekayaan kepada si pemuja.

 

IMG_5265

 

Ketika kunjungan wartawan Malaysiaaktif, bahan-bahan pemujaan, seperti bekas makanan dan minuman serta barangan upacara sembahyang masyarakat Cina turut dijumpai.

Menurut seorang penggali kubur, Paidin Pawit, beliau bersama beberapa orang belia telah pergi untuk melawat kawasan perkuburan ini dan menjumpai barangan seperti ini di sekitar kubur Tok Sijao.

Tambahnya, perbuatan ini merupakan amalan khurafat yang sepatutnya dicegah demi memelihara akidah masyarakat Islam daripada terpesong. Bagi mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini, papan tanda larangan turut dipasang.

Sementara itu, satu taklimat ringkas tentang “Siapakah Tok Sijao?” telah diadakan semalam oleh mantan pengerusi Belia Jaya Parit Jawa, Hashim Taib.

Antara yang hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang, Zaiton Ismail yang turut membincangkan bersama penduduk setempat tentang isu pemilikan tanah kubur tersebut dan cara menangani masalah berkaitan, sebelum bertindak mengunci pintu pagar kubur ini bersama Penghulu Mukim Parit Jawa, Zulkifli Rohsah.

 

Tinggalkan komen anda