Skip to main content
Berita TempatanSabah

500 Unit Rumah Rakyat Akan Dibina Di Kota Belud

By 13 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad & Abdul Sani Ariff Lokman (Sabah)

 KOTA BELUD, SABAH, 13 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Lagi 500 unit rumah rakyat akan dibina dan dijual dengan kadar pada harga serendah RM42 ribu kepada masyarakat di daerah ini.?

Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Rahman Dahlan berkata penambahan itu ?bagi memenuhi permintaan yang disuarakan wakil-wakil rakyat dalam Parlimen Kota Belud.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika berucap merasmikan  Majlis Pesta Angpau, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Penghormatan Warga Emas 2016 di Dewan SJK (C) Chung Hwa kelmarin.

Beliau turut mengumumkan pembinaan panel solar untuk menjana tenaga boleh diperbaharui di samping dapat menjimatkan kos elektrik di sekolah berkenaan.

?Sehubungan itu, Rahman meminta pihak sekolah mengemukakan kertas cadangan permohonan pemasangan solar panel dan lampu limpah kepada kementeriannya.

?Majlis ini turut menyaksikan kelainan? persembahan tarian singa, di mana singa yang menggunakan lampu neon memanjat tiang setinggi 4?5? kaki dan persembahan tarian naga berlampu oleh Persatuan Tarian Singa Tiong Hua Kota Belud.

Turut dipersembahkan, tarian tradisi oleh murid-murid sekolah rendah dan tadika serta penyanyi jemputan, Pei Pei, 23, dari Brunei Darussalam.

Rahman bersama para pemimpin masyarakat turut menyampaikan ang pau kepada warga emas sebagai tanda penghargaan dan golongan kanak-kanak, selain penyampaian sijil dan kepada pelajar-pelajar cemerlang akademik dan pelajar terbaik UPSR.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanianj dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Jeremy Malajad dan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Jame Alip.

 

Tinggalkan komen anda