Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Balai Bomba Di Sabah Akan Ditambah.

By 5 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

OLEH : Muhammad Khairul Azad Yunus & James Ghani @Gimpas (Sabah) /PK  KOTA KINABALU, 5 Feb 2016 (Malaysiaaktif) –? Balai Bomba yang baharu akan dibina di beberapa daerah dan kawasan pedalaman Sabah. Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Ibrahim berkata sebuah balai bomba sedang dibina di Beluran dan beberapa balai bomba lagi akan mula dibina di Kimanis, Pitas, Telupid, Sook dan Putatan.

Katanya, proses tersebut mengambil sedikit masa kerana perlu mengenal pasti dan membeli tanah yang sesuai untuk dibina balai bomba tersebut. Beliau ditemui media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015  kepada 71 orang warga ?Jabatan Bomba, petang tadi.

Menurutnya lagi, Jabatan Bomba juga akan menubuhkan pasukan Bomba Sukarela di perkampungan yang terletak di pulau-pulau sekitar Sabah secara berperingkat. Beberapa pasukan Bomba Sukarela telah ditubuhkan antaranya di Pulau Mantanani, Pulau Banggi, Pulau Keniogan dan Pulau Bum-Bum. Setiap pasukan Bomba Sukarela akan dibekalkan dengan pam angkut untuk digunakan sekiranya berlaku kebakaran.

“Nilai kerugian harta benda yang musnah dalam kebakaran terus meningkat iaitu dari sebanyak 2.8  billion ringgit pada tahun 2014 kepada 4.4 billion ringgit pada tahun lepas. Menjelang tahun 2020 kita mensasarkan lebih 50 peratus dari panggilan kecemasan akan dapat dihadiri dalam tempoh 10 minit, ” tambah beliau.

Hadir sama Pengarah ?Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, Nordin Pauzi.

Tinggalkan komen anda