Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Bilangan Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Berkurangan

By 8 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUCHING, 8 Feb — Bilangan mangsa banjir di dua pusat pemindahan banjir di Kuching menurun pagi ini kepada 492 orang daripada 107 keluarga berbanding 1,072 orang daripada 223 keluarga malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata setakat 8.30 pagi ini, hanya tinggal 492 mangsa daripada 107 keluarga yang masih berada di dua pusat pemindahan di sini, iaitu masing-masing 464 orang di Dewan Serbaguna Malihah dan 28 orang di Dewan Sinaran Lumut.

Katanya, mangsa terlibat masing-masing dari Taman Malihah dan Kampung Sungai Lumut di sini.

“Sebahagian daripada mangsa telah pun dibenar pulang setelah rumah mereka tidak lagi dinaiki air,” kata Siti.

Beliau berkata hujan yang turun sejak awal pagi serta cuaca mendung menyebabkan paras air sungai di kawasan Malihah dan Jambatan Batu Kawa di sini berada pada aras bahaya manakala di Kuala Maong di sini menunjukkan paras berjaga-jaga.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan dalam kenyataan, berkata pintu baraj Sungai Sarawak telah dibuka pada 8.30 pagi ini dan dijangka paras sungai terlibat akan kembali ke paras normal.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda