
Oleh Zuriatina Tamat (Tangkak)
TANGKAK, 3 Februari (Malaysiaaktif) — Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2016, Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak (IPD Tangkak) melancarkan Kempen Rumah Selamat Peringkat Tangkak di Plaza Tol Tangkak pada tengahari tadi.
Kempen ini adalah aktiviti tahunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan diadakan setiap tahun dan inisiatif IPD Tangkak hari ini selari dengan Kempen Rumah Selamat yang dilancarkan serentak di seluruh negeri Johor.
Kempen bertujuan mengingatkan pemandu agar berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung.
Selain itu, PDRM berharap melalui cara ini mereka dapat berkomunikasi dengan orang awam dan mengeratkan hubungan.
Kempen dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Tangkak Supt. Mohamed Salleh Abd Razak. Turut hadir, ahli-ahli Persatuan Lions Club Tangkak yang mengagihkan ‘hamper’ dan hadiah lain kepada pemandu.