Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

MARDI memperkenalkan Padi MARDI SIRAJ 297.

By 5 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Anuar Che Amat Arau, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) telah memperkenalkan satu lagi vareti padi baru yang di namakan Padi MARDI SIRAJ 297. Vareti padi ini mempunyai daya rintang penyakit yang tinggi dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga lapan tan metrik se hektar berbanding 5.6 tan metrik sebelum ini.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron berkata, “Penyelidikan yang dibuat di Kedah, Perak, Selangor dan Perlis mendapati Siraj 297 adalah 15 peratus lebih berat daripada padi lain, bentuk lebih panjang dan rasanya menepati kehendak pasaran tempatan,”
Katanya lagi, penyelidikan selama 10 tahun bermula 2006 dengan membuat tanaman kajian di beberapa kawasan jelapang utama negara mendapati padi tersebut berkualiti tinggi, sesuai dengan iklim tempatan dan komposisi tanah di semua kawasan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengola MARDI, Dato’ Mohd Fadhil Bin Osman, Padi MARDI SIRAJ 297 ini adalah variety terbaharu MARDI yang berpontensi tinggi dan mampu memberikan hasil tuaian yang baik.

Varieti padi ini adalah hasil kacukan antara baka padi MARDI Wangi Q76 dan baka titisan padi P446 dari salasilah variety padi MARDI Wangi 74,MR211,MR182 dan variety padi Javanica Ase Mandee.

Keisitimewaan padi ini adalah ia mampu merintangi penyakit karah daun, karah tangkai dan penyakit merah virus, ia juga sederhana rintang kepada penyakit benah perang dan boleh menjadi salah satu alternatif kepada petani –petani di sini.
Majlis Pengistiharan Padi MARDI SIRAJ 297 telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada hari ini. Turut Berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, YAB Menteri Besar Perlis serta dif- dif jemputan yang lain.

Tinggalkan komen anda