Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Menangkul Udang Padang

By 5 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Anuar Che AmatĀ Kangar, 5 Feb (MalaysiaAktif) : Kawasan sawah dan sekitarnya menjadi tumpuan penduduk negeri Perlis setiap kali tibanya musim menuai. Pelbagai aktiviti yang melibatkan sawah serta tali air (yang lebih dikenali sebagai ā€œbanā€) menjadi kegiatan riadah seisi keluarga di sini. Antara aktiviti yang popular adalah menangkap ikan di dalam sawah yang hampir kering menggunakan serkap, bermain laying-layang,ā€ menimba ikanā€ dan menangkul udang padang.

Aktiviti “menangkul udang padang” merupakan aktiviti turun temurun yang di jalankan oleh penduduk di negeri Perlis semasa musim menuai serta musim kemarau.

Kaedah tradisional ini mengunakan buluh dan kain kelambu terpakai untuk menangkap udang di tali air kawasan sawah yang hampir kering akibat musim kemarau.

-Seorang penduduk dari Kampung Baru Tambun Tulang, Perlis, Timah Binti Kassim,65, berkata,beliau menjalankan aktiviti ini sebagai pendapatan sampingan untuk menampung keperluan harian keluarga.

– Bersaiz dua hingga tiga sentimeter,udang ini jual pada harga RM 7.00 se tin (disukat menggunakan tin sardin besar) dan mendapat keuntungan yang lumayan setiap hari.

-Udang ini mendapat sambutan yang mengalakan dari penduduk tempatan kerana kemanisan rasanya apabila di sajikan sebagai hidangan bersama keluarga

Tinggalkan komen anda