Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Jangan Fitnah JPJ Berkaitan Kematian Ahli Perniagaan

By 13 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

BUTTERWORTH, 13 Feb — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan mereka dengan kematian seorang ahli perniagaan di George Town pada Khamis lalu.

Pengarahnya Noorul Habib Abdul Guduse berkata pihaknya sedang meneliti dakwaan yang mengaitkan JPJ dengan kematian Syed Amen Jaizul Abidin berikutan satu kejadian di bangunan JPJ Batu Uban, Gelugor yang menjadi viral di media sosial penghujung tahun lepas.

“Pegawai kami sedang meneliti semua bukti termasuk rakaman sidang akhbar yang dibuat oleh sebuah organisasi bukan kerajaan yang menuduh JPJ terlibat dengan kematian Syed Amen.

“Satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi membersihkan nama JPJ serta kami mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini berhenti daripada menabur fitnah terhadap kami,” katanya kepada pemberita pada Ops Tahun Baharu Cina di sini malam tadi.

Syed Amen, 46, maut selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi pada pukul 3.30 pagi Khamis lalu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda