Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pasar Tani Kota Belud Bakal Jadi Bazar Rakyat

By 13 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muniyamma Marapen & Johny George Kimlon (Sabah)

KOTA BELUD, SABAH, 13 Feb (Malaysiaktif) –? Masyarakat di daerah ini berasa lega apabila ?tapak ?pasar ?tani yang ?berselerak sebelum ini?, bakal digantikan dengan Bazar ?R?akyat yang dijadualkan siap pada 2018.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Da?tuk? Abdul Rahman Dahlan berkata ?bazar berkeluasan 1.83 ekar itu bernilai RM1.9 juta.

“Bazar Rakyat ini dibina bertujuan untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup warga Kota Belud yang  sangat memerlukan sebuah tempat yang sesuai dan selamat untuk kesejahteraan penduduk dimana bangunan dan tapak pasar tani yang sedia ada telah usang.

“Pasar Bazar Rakyat tiga tingkat i?ni mempunyai pelbagai kemudahan ?terbaik yang bakal dinikmati oleh warga Kota Belud?.?

“Selain itu, ?fasa akhir ?perancangan bagi membangun dan menaiktarafkan kemudahan fasiliti seperti Landskap Dataran Kota Belud, terminal ?bas, ?pembangunan Taman ?Rekreasi Tun Said, ?pengindahan Bulatan Kota Belud dan sebagainya” ujarnya.

Beliau memberitahu demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Membina Bazar Rakyat Kota Belud di Dewan Tun Said, pagi tadi.

Pada majlis itu, Rahman turut menyampai?kan ?waran peruntukan kepada K?ementerian ?Kerajaan

T?empatan dan ?Perumahan (KKTP) dan replika cek kepada pihak berkuasa tempatan di Sabah.

 

Tinggalkan komen anda