Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomeKelantanViral

Jual Beli Emas Di Kaki Lima Pekan Tumpat

By 17 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

TUMPAT, 17 Feb (Malaysiaaktif) — Sejak lebih 15 tahun lalu tiga suri rumah, Rohani Miah, 50, Zuraidah Pauzi, 46 dan Rohana Miah, 42, aktif dalam urusan jual beli emas di pekan Tumpat.

Mereka hanya berbekalkan sebilah payung untuk menahan panas dan berlindung dari hujan setiap hari demi mencari rezeki yang halal.

Menurut Zuraidah, urusan jual beli emas terpakai adalah mengikut harga pasaran semasa dan ia tidak menentu, adakalanya naik dan ada kala turun.

 

tumpat2

Perlu bersabar dengan karenah pelanggan dan tohmahan masyarakat…

 

Beliau berkata mereka lebih suka berurusniaga ketika harga emas melonjak naik kerana kebanyakan pelanggan lebih berminat menjual emas di kala logam itu mahal.

Mereka perlu teliti dalam urusan jual beli kerana emas tiruan juga seakan sama dengan emas asli. Oleh itu, Zuraidah berkata sebelum membuat bayaran,ujian dibuat ke atas emas berkenaan bagi menentukan ketulenan.

Ketiga-tiga usahawan emas jalanan ini berkata mereka sentiasa perlu bersabar dengan karenah pelanggan dan tohmahan masyarakat kerana berusaha mencari makan dengan cara begitu.

Bagi mereka segala yang dilakukan adalah perkara biasa, asalkan mendapat keuntungan dengan cara yang halal.

Mereka memperoleh pendapatan di antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan mengikut  jumlah emas yang diniagakan.

 

Tinggalkan komen anda