Skip to main content
EkonomiHomeViralWilayah Persekutuan

RAPAT: Kemasukan 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Tidak Relevan

By 17 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mazlina Abdul Aziz, Sharifah Hazwani Syed Mahusin, Ruhaimin Ramli, Shahfuri Saidan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Malaysiaaktif) — Kebanjiran warga asing yang tidak terkawal akan memberikan kesan negatif kepada sosio-ekonomi negara, selain mengancam keselamatan serta memudaratkan dari kesihatan rakyat Malaysia.

Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Presiden RAPAT, Rajaretinam A/l Arumugam berkata sekarang sudah terdapat lebih 5.8 juta warga asing di negara ini, di mana 2.1 juta daripada mereka mempunyai dokumen sah dan selebihnya datang secara haram.

Katanya lagi, hasrat kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja buruh dari Bangladesh adalah tidak logik serta merupakan pencabulan terhadap hak rakyat tempatan, terutamanya anak muda.

Presiden Gabungan bersama NGO India, K. Arumugam pula berpendapat kemasukan warga asing telah menyekat peluang warga tempatan untuk menjalankan perniagaan. Beliau juga menyelar kenyataan bahawa anak muda tempatan tidak sanggup melakukan kerja-kerja yang dilabel sebagai”3D” tetapi sebaliknya mendakwa kerajaan tidak memberi peluang kepada mereka.

Menurut beliau, kerajaan perlu bertindak sewajarnya, seperti mengadakan “Program Kerahan Tenaga” yang diwajibkan ke atas setiap warganegara berusia 18 tahun keatas. Mereka perlu diberi latihan dan kemahiran sambil bekerja supaya dapat menyesuaiakan diri dalam sektor pekerjaan yang akan diceburi kelak.

Tambah beliau, kerajaan boleh mengurangkan sebanyak 10%  kebergantungan kepada tenaga kerja asing sekiranya dapat memastikan gaji serta kebajikan yang sewajarnya ditawarkan oleh majikan kepada mereka.

RAPAT akan mengemukakan surat bantahan kepada pihak berwajib dan berkata sekiranya perkara ini tidak diendah, mereka akan mengadakan protes yang disertai oleh golongan belia di negara ini dengan kerjasama NGO India dan Melayu.

Sidang media yang dianjurkan oleh Pertubuhan RAPAT Malaysia dan Gabungan NGO India Malaysia hari ini diadakan berikutan cadangan kemasukan 1.5 million pekerja Bangladesh ke negara ini yang sedang hangat diperkatan.

Ahad lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa belia di negara ini tidak sanggup bekerja dalam tiga bidang yang dilabelkan sebagai ‘3D’ (kotor, bahaya dan susah).

Kenyataan beliau kemudian disokong oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

 

Tinggalkan komen anda