
GEORGE TOWN, 15 Feb — Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penulisan di blognya baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung fitnah telah pun bermula.
“Polis telah menerima beberapa laporan sejak posting kontroversi oleh Dr Mahathir disiarkan di blognya.
“Kami akan merujuk kepada Peguam Negara jika ada kes,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang pada Isnin.