Skip to main content
HomeViral

TVET Bakal Tangani Isu Kebergantungan Buruh Asing

By 12 Februari 2016Ogos 19th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Malaysiaaktif)– Menerusi penekanan aspek pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) berharap isu kebergantungan kepada buruh asing dapat diatasi.

Mengulas isu kemasukan 1.5 juta buruh Bangladesh ke Malaysia, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata apa yang pihaknya cuba buat adalah untuk mencari penyelesaian bagi menangani isu tersebut.

Tambahnya, kebergantungan kepada buruh asing meningkat setiap tahun kerana guna tenaga tidak disalurkan ke arah itu. Menerusi TVET, diharapkan akan timbul satu kesedaran masyarakat untuk mengisi tuntutan kerja, seperti dalam bidang kemahiran, termasuk pembinaan, industri dan peladangan.

Razali ditemui ketika menghadiri sidang media Persidangan Agung Tahunan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) Ke-6 di Pusat Belia Antarabangsa semalam.

Persidangan Agung itu mengetengahkan perlunya tenaga mahir menjelang 2020, selain menukar tanggapan masyarakat tentang pentingnya bidang teknikal dan vokasional.

Sementara itu, menurut Setiausaha Agung GAGASAN, Syed Anuar Syed Muhamad, satu forum TVET bakal berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa Cheras dengan penyertaan seramai 300 pelajar tingkatan empat dan lima sekitar Cheras pada 19 Februari ini

Persidangan kali ini bakal dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 20 Februari.

 

Tinggalkan komen anda