Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangorViral

Nazri: Muhyiddin Salah Kerana Tidak Ikut Perlembagaan Parti

By 22 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sharman A/L Subramaniam (Tanjung Karang)

 TANJUNG KARANG, 22 Feb (Malaysiaaktif) — Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini berkata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalah kerana tidak mengikut perlembagaan UMNO, selain mengabaikan tugas sebagai timbalan untuk menyokong presiden.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Muhyiddin meletak jawatan jika tidak bersehaluan dengan presiden parti.

Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan kerja ke Homestay Kampung Haji Dorani, Homestay Haji Omar dan Kampung Pinang bagi menghadiri majlis ramah mesra bersama kepimpinan masyarakat parlimen Tanjung Karang.

Beliau disambut oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Nazri meluangkan masa untuk makan tengahari bersama ahli-ahli UMNO bahagian Tanjung Karang, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Pinang serta masyarakat setempat.

Noh yang mewakili tuan rumah mengalu-alukan kehadiran menteri dan menyatakan bahawa banyak tempat untuk dilawati di Tanjung Karang, terutama dalam bidang pertanian yang merupakan aset untuk dipromosikan sebagai antara komponen ‘Agrotourism.’

Mohamed Nazri dijangka berada di daerah Kuala Selangor sehingga pukul 9.30 malam ini.

 

Tinggalkan komen anda