Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

 Serunai Batang Pokok Lada Warisan Melayu Asli Kelantan

By 22 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohamad Anizan Mat Daud (Pasir Mas)

PASIR MAS,  22 Februari (Malaysiaaktif ) — Serunai merupakan alat muzik utama yang di gunakan semasa persembahan muzik Melayu asli.  Antara persembahan yang memerlukan penggunaan serunai ialah, menora, dikir barat , wayang kulit dan main puteri. Serunai akan menghasilkan bunyi yang bagus  jika dihasilkan daripada kayu yang bermutu dan berkualiti tinggi.

Menurut seorang penggiuat seni Melayu asli Kelantan, Hamzah Yusuf, 63 dari Kampung Gelang Mas, beliau memiliki sebatang serunai yang dianggap paling istimewa dan mempunyai nilai tersendiri. Serunai tersebut dihasilkan daripada batang pokok lada bukit (pokok cili ).

Beliau mewarisi pemberian serunai tersebut daripada ayah dan moyangnya.  Beliau merupakan generasi ke-4 mewarisi serunai yang berusia kira-kira 200 tahun itu. Keunikan serunai tersebut kerana ia boleh menghasilkan bunyi yang baik, lunak, berukiran pucuk rebung di samping bentuk yang luar biasa.

Selain itu, Hamzah merupakan salah seorang daripada generasi yang masih berupaya menghasilkan warisan alat muzik Melayu Kelantan, seperti gendang, rebana ubi, gong dan serunai dengan menggunakan bahan-bahan asli daripada belulang kambing, rotan, kayu dan lain-lain.

 

Tinggalkan komen anda