Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Sekolah Angkat SK Methodist Nibong Tebal

By 17 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Andi Abdul Rohim (Nibong Tebal)

NIBONG TEBAL, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Satu Program Sekolah Angkat anjuran Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang diadakan di Sekolah Kebangsaan Methodist Nibong Tebal pagi tadi.

Dalam ucapannya,  Ishak Ismail, Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh, Dato Mahmud Zakaria, menyeru pelajar supaya mengamal serta menghayati Rukun Negara untuk keharmonian dan mengekalkan perpaduan kerana negara memerlukan modal insan yang berdisplin dan berpendidikan dalam diri pewaris.

Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu dipenuhi dengan pengisian Ceramah Klik dengan Bijak  yang disampaikan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Demontrasi Memadam Kebakaran dan Pameran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal; Pameran Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Pameran Jabatan Penjara Malaysia Seberang Perai. Bahan penerbitan maklumat turut diedarkan kepada hadirin

Pertandingan menulis esei Penghayatan Rukun Negara juga turut diadakan.

Majlis dihadiri lebih 400 orang pelajar, guru serta wakil pelbagai jabatan kerajaan.

 

Tinggalkan komen anda