Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

[VIDEO] Rumah Pesara Tentera Musnah Dalam 30 Minit

By 22 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Zuki Wan Ismail / Siti Noor Asmani Che Mat Salleh (Bachok) /Azhar Hj Ismail (Kota Bharu)

BACHOK, 22 Jan (Malaysiaaktif) — Dalam masa setengah jam rumah milik pesara tentera, Abdullah Jusoh 61, di Kampung Bukit Temalong di sini musnah dalam kebakaran pada kira-kira pukul 5.20 petang semalam.

Sewaktu kejadian mangsa sedang berehat di beranda apabila terhidu bau sesuatu terbakar dari  bilik tidur.  Beliau bergegas ke bilik tersebut dan mendapati api mula marak di dalam bilik dan merebak ke ruang binaan kayu yang lain.

 

 

Menyedari kebakaran itu, anak saudara mangsa telah menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan Bomba. Dua unit jentera Bomba dari Bachok dan Pasir Tumbuh tiba ke lokasi bagi memadamkan kebakaran. Namun api yang marak tidak dapat di kawal dan telah memusnahkan hampir keseluruhan rumah sebelum mereka tiba.

Mangsa merupakan pesara tentera tidak berpencen yang kini bekerja kampung dan tinggal bersama isteri. Empat orang anak mangsa telah berkeluaga, manakala dua orang lagi sedang menuntut di Kuala Lumpur. Untuk sementara waktu mangsa menumpang di rumah saudara berdekatan.

Operasi memadamkan dan mengawal sisa-sisa api oleh lima anggota yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Bomba Mohammad Khairu Yusuf dari Balai Bomba Bachok, selesai sepenuhnya pada pukul 7.45 malam. Mereka dibantu oleh enam orang anggota dari Balai Bomba Pasir Tumbuh.

Menurut Bomba punca kejadian masih dalam siasatan dan anggaran kerugian masih belum ditaksirkan.

 

Tinggalkan komen anda