Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Adnan Usul PPR Sri Alam Dijual Jika BN Menang

By 22 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Halim Aman, Arul Parumal & Mohd Izzideen Khairi Zakaria (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Malaysiaaktif) — Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam boleh dibeli sekiranya Barisan Nasional Parlimen Cheras menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Ini dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa menghadiri Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Program Gotong-Royong Rakyat di PPR Sri Alam petang semalam.

 

IMG_6741

 

“Sekiranya parlimen ini menang, saya berjanji akan membincangkan usul ini dengan kerajaan agar hasrat memiliki rumah PPR ini akan direalisasikan,” katanya di hadapan lebih 2000 tetamu yang hadir.

Tambahnya, masyarakat setempat perlu bersyukur kerana kadar sewa rumah kini sebanyak RM124 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanggung subsidi sebanyak RM250 bagi setiap unit, walaupun kawasan Cheras tidak pernah menang dalam pilihanraya.

 

Tinggalkan komen anda