Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

OTOP Two Country Relationship Festival Thailand – Malaysia 2016

By 22 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 22 Feb (Malaysiaaktif) — OTOP Two Country Relationship¬† Festival THAI MALAYSIA 2016(One Tambon One Product)¬† dirasmikan ¬†kelmarin oleh Gabenor¬† Wilayah¬† Satun,Thailand, Pattrapon¬† Rattana¬† Phichet Chai¬† di Perkarangan¬† Kompleks¬† Menbeli Belah The Store,Kangar,Perlis

Turut  hadir  di majlis tersebut termasuk Ahli  Majlis  Mesyuarat Kerajaan Negeri  Perlis, Ahmad Bakri  Datuk Ali serta para jemputan dari  Malaysia dan Thailand.

Pattrapon  Rattana Phichet  Chai  menyatakan bahawa  pembukaan  Komuniti  Ekonomi  ASEAN merupakan  kerjasama  di antara  Negara  ASEAN  di Sektor  Perdagangan, Perlaburan, Sosial dan Kebudayaan dan festival ini merupakan satu titik permulaan bagi kedua-dua negara untuk meningkatkan lagi kerjasama di dalam bidang ekonomi.

Beliau berkata, penduduk negeri Perlis dapat membeli dan merasai keunikan makanan dn produk berkualliti kraftangan Thailand dengan harga yang berperpatutan  tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak  untuk  pergi ke negara tersebut.

Exco  Perlancongan  Kerajaan Negeri Perlis Ahmad  Bakri  Datuk Ali  mengalukan festival  tahunan kali kedua ini ,

Ujar beliau,  festival  ini  dapat  mengeratkan  lagi  perhubungan  di  antara  rakyat  kedua negara  dan  berharap  festival  seperti  ini  dapat juga  di adakan di Wilayah Satun,Thailand satu hari nanti.

Beliau meminta usahawan tempatan  dapat  menghasilkan  produk Рproduk  makanan dan kraftangan  yang berkualiti  supaya dapat menembusi pasaran di negara jiran.

Festival  ini  melibatkan  lebih  52 usahawan  dari  wilayah  Satun ,Thailand  dengan lebih  100  Produk  makanan  dan  kraftangan  dari  tersebut.  Festival ini  berlangsung dari  19 Februari  hingga  25 Februari  2016.

 

Tinggalkan komen anda