Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sultan Johor: Jangan Bezakan Ikut Kaum, Agama

By 24 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Krisha Selladurai (Pontian)

PONTIAN, 24 Feb (Malaysiaaktif) — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Isnin lepas mencemar duli bersama rakyat meraikan Sambutan Perayaan Chap Goh Meh 2016

Chap Goh Mei merupakan sambutan hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang disambut pada hari kelima belas. Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien apabila diterjemahkan menunjukkan malam yang ke-15 Tahun Baru Cina.

Majlis malam itu menyaksikan persembahan kebudayaan Cina, termasuk perarakan tanglung, tarian naga dan tarian singa.

Dalam ucapan baginda, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak membezakan mengikut kaum, agama dan kepercayaan masing- masing, tetapi menjadi Bangsa Johor yang bersatu dan bekerjasama bagi mengeratkan silaturahim dan sekali gus menjadikan negeri Johor maju dan aman damai.

Dalam majlis tersebut Exco Pelancongan Perdangangan dan Kepenggunaan Negeri Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong  memberikan sebuah cenderahati kepada baginda.

Cenderahati itu berbentuk replika Monyet Emas seberat 24karat  yang melambangkan Tahun 2016 sebagai Tahun Monyet.

 

Tinggalkan komen anda