Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Walaupun ‘Kawasan Hitam,’ Kepong Tidak Terpinggir

By 24 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sharifah Hazwani Syed Mahusin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Malaysiaaktif) — “Pembangunan di Kepong tidak sesekali dipinggirkan walaupun kawasan ini berstatus kawasan hitam,” demikian kata Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  Datuk Wilson Lau.

Beliau ditemui dalam tiga program serentak yang diadakan Sabtu lepas di Padang Metro Kepong, iaitu Kenduri 1Wilayah Persekutuan, Gotong-Royong Cegah Denggi dan Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Kepong.

Dalam program yang sama, Persatuan Penjaja Metro turut menyumbang keperluan asas bernilai RM60 kepada 1000 Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan anak yatim.

Sementara itu, menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tema “Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera” diharap dapat menyuntik semangat cinta akan Wilayah Persekutuan sekaligus memastikan keharmonian warga kota.

Dalam majlis yang dihadiri lebih 3000 orang warga kota itu, beliau turut melancarkan Team Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) / Pasukan Tindak Balas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT), Bomba Sukarela dan Pasukan Komuniti Untuk Menangani Isu Denggi Dalam Komuniti (Combi).

Tinggalkan komen anda