Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ziarah Kasih Sempena Tahun Baru Cina Kg Baru Sg Udang

By 19 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh M Zakri Chan (Melaka)

MELAKA, 19 Feb (Malaysiaaktif) — Program Ziarah Kasih Jabatan Penerangan Negeri Melaka dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Kampung Baru Sungai Udang berlangsung petang tadi dengan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang uzur sekitar Kampung Baru yang majoritinya penduduk berbangsa Cina.

Program Ziarah Kasih ini adalah program yang menyusuri akar merasai denyut nadi rakyat yang kurang bernasib baik dalam meraikan hari besar Tahun Baru Cina yang akan berakhir tidak lama lagi.

Pengarah Penerangan Negeri Melaka, Lim Ann Teck berkata program ini adalah salah satu pendekatan terbaik dalam merealisasikan aspirasi kerajaan dan juga Perdana Menteri supaya agensi kerajaan sama-sama membantu golongan kurang bernasib baik sementelah lagi peranan Jabatan Penerangan adalah sebagai agen pemasaran maklumat kepada masyarakat melalui produk jabatan iaitu Komuniti 1Malaysia.

“Komuniti 1Malaysia adalah platform terbaik dalam memupuk nilai-nilai murni selaras dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” ujar beliau.

Menurut Pengerusi 1Malaysia Kampung Baru Sungai Udang,Te Yong walaupun K1M Kg. Baru Sungai Udang baru sahaja ditubuhkan pada Nov 2015 peranan Jabatan Penerangan jelas memberi impak positif dari segi perpaduan kaum dan banyak membantu menyampaikan maklumat secara bersemuka dan ini amat baik untuk masyarakat Cina yang rata-rata tidak faham mengenai dasar-dasar kerajaan.

“Penduduk kampung sangat terharu dengan pelaksanaan Program Ziarah Kasih yang diadakan tadi dan kami sangat berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Negeri Melaka dan Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah yang banyak membantu,”katanya.

 

Tinggalkan komen anda