Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Keluar Perkasa Kerana Tindakan Individu Sesetengah Pemimpin

By 11 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Shariff (Klang)

KLANG,11  Mac (Malaysiaaktif) — Seramai 30 ahli Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kawasan Parlimen Kapar malam tadi mengisytiharkan keluar dari persatuan itu. Mereka diketuai oleh bekas pengerusi Perkasa Parlimen Kapar, Rahmat Sa’at.

Menurut beliau, mereka keluar dari Perkasa kerana mendakwa Perkasa Pusat dan Selangor telah terbabas daripada landasan dan dilihat berbaik dengan DAP apabila ada pemimpin yang menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ untuk menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Dalam majlis yang diadakan di Dewan Johar Kampung Sungai Udang  itu, kesemua 30 orang bekas ahli Perkasa secara simbolik memutuskan hubungan dengan persatuan tersebut dengan menggunting kad keahlian masing-masing.

Kelmarin, dalam wawancara eksklusif dengan portal berita Malaysiakini, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tidak mahu menandatangani Deklarasi Rakyat kerana “namanya dan Perkasa tidak boleh dipisahkan.”

Menurut beliau, tindakan mereka menandatangani deklarasi berkenaan atas kapasiti individu boleh disalahtafsir pada zaman Internet ini dan pihak-pihak lain mungkin akan membuat tanggapan sendiri.

Di atas sebab itu Ibrahim berkata beliau tidak mahu menandatangi deklarasi tersebut walaupun hakikatnya Perkasa sebagai sebuah NGO tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Walau bagaimanapun, beliau berkata Perkasa tidak boleh menjarakkan diri daripada isu politik atau perjuangan ‘alif ba ta’ (agama, bangsa dan tanahair) kerana semuanya ada kaitan dengan politik.

 

Tinggalkan komen anda