Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu SMA Hj Mohd Yatim

By 11 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sapar Sutir (Rembau)

 REMBAU, 11 Mac (Malaysiaaktif) —  Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kota di sini.

Dalam majlis yang sama, Mohamad turut menyempurnakan upacara pecah tanah untuk pembinaan bangunan tambahan surau sekolah tersebut.

Lebih 1,300 hadir, termasuk ketua-ketua jabatan kerajaan dalam daerah Rembau, exco kerajaan negeri, masyarakat setempat dan pelajar sekolah.

Sekolah agama ini mengambil sempena nama Haji Mohd Yatim yang merupakan seorang ulama terkenal di daerah Rembau. Beliau dilahirkan pada 1903 dan meninggal dunia pada 1979.

yatim

Allahyarham Haji Mohd Yatim.

Beliau pernah menetap di Makkah untuk melanjutkan pengajian Islam di Darul Ulum Masjidilharam Al Makkahtul Al Mukarramah

Haji Mohd Yatim pernah menerima anugerah Tokoh Ulama Silam Negeri Sembilan sempena Sambutan Maal Hijrah 1423.

Surau Ulu Gadong, iaitu lokasi asal Madrasah Ulu Gadong didirikan oleh beliau dan kemudian diambil alih oleh kerajaan dan dinamakan Sekolah menengah Agama Haji Mohd Yatim.

 

Tinggalkan komen anda