Skip to main content
Berita UtaraKedahViral

Sambutan Ulang Tahun ke 20 Taman Teknologi Tinggi Kulim

By 18 Mac 2016Mac 20th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Sarah Nur Saad, Mahrani Mohamad, Mohd Rizal Abd Rahman, Hasnol Hadi Hashim (Kulim)

KULIM, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Bersempena menyambut Ulang Tahun yang Ke-20, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) telah menganjurkan Karnival Sukan yang berlangsung di Kompleks Sukan KHTP selama dua hari bermula semalam.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Futsal, Bola Jaring, Wall Climbing, Badminton dan Sepak Takraw.

Menurut Presiden Kulim Technology Park Corporation, Datuk Dr. Haji Annuar Bin Mohd Saffar, “Pada mulanya kita buka penyertaan kepada sekitar sahaja namun memandangkan mendapat banyak penyertaan daripada pihak luar, jadi kita juga buka kepada jabatan-jabatan kerajaan di Kulim dan juga Pulau Pinang.” Katanya ketika ditemui wartawan Malaysiaaktif.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pembangunan Insan Negeri Kedah, Datuk Aminuddin Bin Omar.

Turut hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran adalah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Norsabrina Binti Mohd Noor.

Majlis Penutupan bakal disempurnakan malam ini oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah malah satu persembahan khas oleh artis tempatan, Dayang Nurfaizah bakal menjadi tumpuan umum di majlis tersebut.

Tinggalkan komen anda