Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Gelombang Merah Sumpah Ikrar Teguh

By 19 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/Foto: Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Laungan “Gelombang Merah Kelantan Berdiri Teguh Mempertahankan PM!”, bergema daripada lebih 5,000 orang yang menyertai Deklarasi Gelombang Merah di perkarangan Bangunan Perhubungan UMNO Kelantan petang tadi.

Deklarasi yang disampaikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menyatakan semangat kebersamaan UMNO seluruh Kelantan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bersatu untuk memenangi PRU14 nanti.

20160319044332

Seawal pukul 12.00 tengah hari peserta yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO membanjiri perkarangan Bangunan Perhubungan UMNO Negeri untuk sama-sama melafazkan ikrar sokongan kepada Perdana Menteri bersama kepimpinan UMNO tempatan.

Perhimpunan aman ini mengambil masa dua jam. Turut hadir,  Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Datuk Asyraf Wajdi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tinggalkan komen anda