Skip to main content
Berita TempatanSabah

Graduan Tingkat Kualiti Diri Kebolehpasaran

By 7 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Eviannie Kin Mei Hoon & Johnny Joklis (Sabah)

 KOTA KINABALU, 7 Mac (Malaysiaaktif) –? Para graduan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti harus memperlengkapkan diri dengan kreativiti, inovasi serta nilai-nilai tambah supaya dapat meningkatkan kebolehpasaran dalam industri berkaitan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun berkata peluang sentiasa ada dalam industri perhotelan tetapi dengan syarat graduan perlu menjadikan diri mereka berkualiti dalam bidang pekerjaan.

Tambah Masidi, graduan juga mesti berkeyakinan tinggi serta menerapkan nilai-nilai positif dalam diri disamping menguasai pelbagai bahasa untuk mudah berkomunikasi dengan pelancong yang datang ke negeri ini.

“Pada tahun ini, mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar, kita akan ada dua hotel baharu  sedang dalam pembinaan iaitu Hotel Marriott dan Hilton dijangka beroperasi pada tahun 2018,”katanya.

Menurut beliau lagi, akan membangunkan ‘Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu’ dimana terdapat beberapa hotel bertaraf lima dan empat bintang juga akan dibina di tempat yang sama.

Katanya, pusat konvensyen tersebut dijangka siap dalam dua tahun dari sekarang yang boleh menyediakan kemudahan untuk 5000 orang.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Perasmian Penutupan Sabah Hospitality Art and Food Innovation Exhibiton 2016 (SHAFIEX’16) di Politeknik Kota Kinabalu (PKK), tengah hari tadi.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan, Pengarah PKK, Roslee Yahya berkata penganjuran SHAFIEX’16 adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam menghasilkan produk yang berinovasi tinggi.

“Program yang julung kali diadakan bertindak sebagai platform kepada pelajar tahun akhir bidang Pelancongan dan Hospitaliti dalam mempersembahkan hasil projek mereka, di samping mengetengahkan kreativiti, inovasi dan kemahiran pelajar kepada industri yang bakal mereka ceburi setelah tamat pengajian nanti,”jelasnya.

“Kita juga mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada pihak agensi kerajaan dan industri di Sabah khususnya dalam memastikan graduan-graduan dalam bidang ini mendapat tempat dan diberi peluang untuk berkhidmat di organisasi dan industri yang berkaitan,”kata beliau.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia, Haji Ghaus bin Ab. Kadir, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PKK, Wan Norliana Wan Sulong dan Ketua Panel Penilai SHAFIEX’16, Chef Mansor Sulaiman.

 

Tinggalkan komen anda