Skip to main content
Berita TempatanSabah

KKIA Hub Utama Penerbangan Antarabangsa Timur Asia

By 1 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Asmidar Zainol & Abdul Sani Ariff Lokman (Sabah)

KOTA KINABALU, 1 MAC 2016 (Malaysiaktif) –? Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dijangka menerima 16 juta pelancong dalam tempoh lima tahun, sekaligus menjadikannya sebagai hub utama penerbangan di rantau ini.?

?Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata bagi tujuan tersebut, pihaknya berkerjasama dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dalam usaha mempromosi negeri ini sebagai pusat tarikan pelancongan terkemuka.

“Peruntukkan dana pelancongan syarikat penerbangan sebanyak RM10 juta telah disediakan kerajaan pusat bagi membantu mempromosikan pelancongan.

“Kami memilih berkerjasama dengan Sabah sebagai negeri pertama di negarai ini kerana Sabah mempunyai banyak lokasi pelancongan semulajadi yang menarik serta program-program tahunan yang unik.

“Kerjasama sejak Januari lalu menunjukkan perkembangaan yang baik dan sekiranya program kerjasama ini berjaya, pihak kami akan meneruskan kerjasama dengan negeri-negeri lain,” jelasnya.

Tambah Baldisham, MAHB juga akan meningkatkan fasiliti, perkhidmatan dan keselamatan di lapangan terbang untuk keselesaan dan kepercayaan para pelancong.

Sementara itu, Pengurus Besar MAHB, Mohd Suhaimi Abd Mubin berkata pihak beliau akan mengadakan kaji selidik berkenaan pembinaan lapangan terbang di Lahad Datu dan di Semporna.

 

Tinggalkan komen anda