
Oleh Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 8 Mac ( Malaysiaaktif ) ā Kegemaran menyimpanĀ lencana sekolah bermula dari tingkatan 1, telah membawa pelbagai kenangan manis kepada DKM (Nama Panggilan) NazmiĀ (60) dari kampung Chengkau Ulu.
ā Saya masih ingat lagi, membeli Lencana sekolahĀ pertama yang dibuat daripada ayan( Zing) pada tahun 1976 di sekolah. Harganya tidak menentu , tetapi keadaan lencana masih baikā kata beliau.
Beliau memberitahu, koleksi lencana sehingga sekarang sebanyak 140 keping. Semuanya dalam keadaan baik. Kegemaran mengutip Lencana dilakukan sehingga tingkatan 5 iaitu sekitar tahun 1971. Kebanyakan kutipan dibuat semasa menghadiri aktiviti luar sekolah, dimana pelajar atau kawan yang berminat membuat pertukaran lencana.
Menurut beliau, ibu bapanya yang bekerja sebagai anggota keselamatan dan sering berpindah menyebabkan kehilangan beberapa lencana sekolah yang disimpan. Beliau berbangga dengan kegemaran mengumpul Lencana Sekolah telah menjadi kenanganĀ yang indah untuk dikongsi dengan anak-anak dan cucunya.