Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ibu Tunggal Terkeluar E-Kasih Digalak Ikut Kursus 1Azam Berbayar

By 13 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Zuraidah Ahmad & Johny George Kimlon (Sabah)

KOTA KINABALU, 13 Mac (Malaysiaktif) –? Golongan ibu tunggal yang tidak layak atau terkeluar daripada senarai pemohon e-kasih digalak mengikuti kursus-kursus 1Azam yang disediakan kerajaan dengan kadar bayaran yang rendah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid berkata peluang tersebut melahirkan golongan usahawan kecil yang mampu menjana pendapatan sendiri sama ada menerusi perniagaan produk, perkhidmatan ataupun dengan jualan makanan serta minuman.

“E-Kasih merupakan Data Bank Kemiskinan Nasional yang menyimpan profil Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM740 sebulan untuk memantau keberkesanan semua bentuk program atau bantuan kerajaan yang diterimanya.

“Oleh itu, mana-mana individu yang telah terkeluar dari senarai pemohon e-kasih, boleh terus memohon kursus-kursus 1Azam yang kita sediakan dengan kadar bayaran yang rendah sahaja, berbanding barangan bantuan yang akan mereka peroleh kemudian.

“Kursus-kursus yang ditawarkan termasuklah ‘Mama Care’ iaitu kursus rawatan dan penjagaan ibu selepas bersalin, Perancang Perkahwinan, Taska dan sebagainya,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Sabah di sini, pada Ahad.

Menurut Jainab lagi, E-kasih bukan jaminan untuk mendapat bantuan tersebut mengulas berkaitan kekeliruan masyarakat terhadap isu bantuan perumahan  golongan itu yang disuarakan Pengerusi PITKM Cawangan Sabah, Datuk Rosimah Zakaria.

Sebaliknya, masih ada kriteria lain yang dipertimbangkan oleh jawatankuasa berkenaan seperti anak-anak yang telah bekerja dan dikenalpasti berkemampuan menyara si pemohon dan beberapa lagi.

Menurutnya, di seluruh negeri ini terdapat lebih 6,000 pemohonan e-kasih yang sedang dalam proses penilaian oleh pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah.

 

Tinggalkan komen anda