Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Kucing Dalam Enjin Kereta Bergerak Selamat, Tapi Trauma

By 29 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sarah Nur Saad, Mahrani Mohamad, Mohd Rizal Abd Rahman, Hasnol Hadi Hashim (Kulim )

KULIM, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Seekor kucing dijumpai terperangkap dalam bahagian enjin kereta yang sedang dalam perjalanan dari Kulim ke Karangan di sini.

Ia disedari oleh pemandu kereta tersebut, Khairul Farhan Salleh, 31, yang terdengar ketukan daripada dalam bahagian enjin. Setelah diberhentikan kereta dan diperiksa, dia mendapati seekor kucing bergegas melompat keluar dengan sebahagian kulitnya melecur.

 

20160328213348

 

Setelah berada sekian lama dalam bahagian enjin yang panas, pastinya kucing tersebut mengalami trauma dan ketakutan. Bagaimana pun, ia dapat dipujuk oleh seorang anggota Unit Kawalan Keselamatan Kampung Karangan, Mat Yusuf Che Mat yang berkomunikasi dengan haiwan tersebut dengan lembut hingga tenang.

Mat Yusuf yang juga dipanggil Pak Andak mahir dengan personaliti kucing. Menurutnya, memegang telinga kucing yang ketakutan antara cara terbaik bagi menenangkan mereka yang dalam keadaan trauma dan kesakitan.

 

20160328213348 (2)

 

Menurut Pak Andak cara ini memudahkan usaha menyelamatkan kucing.

Kucing yang ditenangkan Pak Andak kemudian dilepaskan dalam perkarangan rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Karangan tanpa komplikasi.

 

Tinggalkan komen anda