Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kursus Gunting Rambut Terus Dapat Sambutan

By 28 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Mohd Zanizal Zamani (Tasek Gelugor)

TASEK GELUGOR, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Giat Mara Prima Tasek Gelugor pada Sabtu telah menganjurkan Kursus Gunting Rambut Lelaki bagi mereka yang berminat menceburi bidang penggayaan rambut secara sepenuh masa mahupun sambilan di sini.

Menurut tenaga pengajar, Nur Fadhilah Hashim, setiap kali penyertaan dibuka, kursus ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Tambahnya, kebanyakan mereka yang hadir ke kursus ini telah berjaya  menjalankan perniagaan sendiri.

a283e3e2-b2e3-4db3-8fb3-568440427111

Seorang peserta dari Taiping, Rosli Idris, 45, berkata, bidang penggayaan rambut mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai. Selain dapat menambah pendapatan, modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini amat rendah berbanding yang lain.

Seramai 15 orang peserta dipilih bagi setiap sesi kursus. Setiap peserta dikenakan bayaran RM200 untuk membiayai pembelian patung bagi sesi pembelajaran. Kursus ini menekankan 10% teori dan 90% amali.

Tinggalkan komen anda